Assalamualaikum dan selamat pagi..hihi dah pukul 11 lebih pon sebenarnya. Hari ni pagi pagi lagi ke klinik kesihatan. Smalam tak boleh nak tidur. Semasa pengalaman tak boleh nak tidur tu, tiba tiba aje teringat akak seorang tu yang achik jumpa sebelum ni. Achik terlihat kedudukan mulutnya yang tak sama. Pada mulanya Achik menjangkaan beliau alami strok.. tapi memandangkan dalam masa yg lain achik lihat mulutnya normal, achik tertanya tanya betul ke strok? Bila di google, rupanya ada satu penyakit saraf yang dipanggil Bell's Palsy.
Bell’s Palsy adalah penyakit saraf yang mengenai saraf fasialis (wajah), menyebabkan kelumpuhan otot-otot salah satu sisi wajah, sehingga wajah menjadi asimetris, karena salah satu sisi wajah tampak melorot/ mencong. Hanya salah satu sisi wajah penderita saja yang dapat tersenyum, dan selain itu, hanya satu mata saja yang dapat menutup dengan sempurna.
Penyebab dari Bell’s Palsy belum diketahui secara pasti, namun beberapa sumber menyebutkan bahwa penyebab Bell’s Palsy adalah proses peradangan saraf yang mengontrol otot-otot salah satu sisi wajah. Ada pula yang mengatakan bahwa kerosakan saraf ini merupakan akibat dari infeksi virus.
Bell’s Palsy dapat terjadi pada semua golongan usia, baik lelaki mahupun wanita. Pada kebanyakan orang, kelumpuhan saraf tersebut bersifat sementara, yakni selama beberapa hari hingga beberapa minggu, serta dapat kembali pulih setelah kurang lebih 6 bulan. Walaupun demikian, ada juga beberapa kes dimana kelumpuhan saraf wajah tersebut terjadi secara kekal seumur hidup.
Gejala
Gejala Bell’s Palsy secara umum:
1.Terjadi secara tiba-tiba, berupa kelumpuhan ringan sampai total pada salah satu sisi wajah, menyebabkan pesakit sukar tersenyum atau menutup salah satu kelopak mata.
2. Wajah melorot menjadikan wajah sukar berekspresi. Kadang kala pesakit akan terasa nyeri di sekitar rahang atau di belakang telinga pada salah satu sisi wajah yang terpengaruh.
3. Sensitiviti terhadap suara akan meningkat pada sisi wajah yang terpengaruh
4. Sakit kepala
5. tidak mampu mengecap(hilang deria rasa).
6. Pengeluaran air mata dan liur pada sisi yang terkena
Bell’s Palsy dapat mempengaruhi saraf kedua sisi wajah, walaupun hal tersebut jarang terjadi
Segera Cari Pertolongan
Sekiranya anda mengalami gejala seperti diatas, cepat cepatlah berjumpa doktor supaya dapat diketahui mungkinkah anda alami stroke/ bell's palsy. Perlu diingat, Bell’s Palsy bukan disebabkan oleh stroke.
Komplikasi Akibat Bell’s Palsy
Komplikasi yang mungkin terjadi pada penderita Bell’s Palsy adalah:
1. Kerusakan saraf wajah yang tidak dapat pulih kembali
2. Pertumbuhan saraf yang tidak sesuai dengan yang seharusnya sehingga menyebabkan pergerakan yang tidak terkontrol pada wajah
3 Buta sebagian atau total akibat kekeringan pada mata yang tidak bisa menutup dan terjadinya kerusakan pada kornea mata yang kering
Pemeriksaan
Biasanya doktor akan memeriksa wajah dan meminta pesakit untuk melakukan gerakan seperti menutup mata, mengangkat alis, memperlihatkan gigi, dan mengerutkan wajah. Selain itu sebaiknya dilakukan pemeriksaan yang lebih detail untuk menentukan kerosakan saraf dan melihat seberapa parah saraf tersebut rosak, sekaligus menyingkirkan kemungkinan penyakit lain yang juga dapat menyebabkan kelemahan pada wajah, seperti stroke, infeksi, tumor, dll. Pesakit juga disarankan melakukan pemeriksaan radiologi, seperti CT Scan atau MRI kepala untuk menyingkirkan penyebab kelumpuhan yang mungkin terjadi.
Bell's palsy biasanya ditangani dengan ubat ubatan dan fisioterapi. Meskipun bisa sembuh dalam kurun waktu tertentu, dengan bantuan ubat dan fisioterapi diharapkan proses pemulihan dapat berlangsung lebih cepat.
Bagi pengamal makanan tambahan/ supplement sebagai ikhtiar tambahan mahupun sebagai pilihan utama, achik sarankan amalkan sirap tonik vivix hanya sesudu teh sehari. Moga info ini membantu!:-)
Sid shaklee 1079905
Pengedar shaklee ruby
Call/sms/wassap 0139474633
Selasa, 22 Mac 2016
Apa itu Bell palsy??
Khamis, 3 Mac 2016
6 Jenis Tabungan Perlu Diamalkan
Assalamualaikum wbt..apa khabar sahabat sayang? Moga semua ceria sentiasa bersama keluarga tercinta..
Salam Jumaat yang indah, lepas balik dari pasar, tertengok rancangan POSITIF oleh DAO.. Atas inisiatif sendiri, terpanggil untuk berkongsi 6 jenis simpanan atau tabung kewangan yang boleh diamalkan. Tak kiralah yang makan gaji, kerja sendiri, berbisnes, mahupun menganggur.. moga bermanfaat untuk dikongsi.
Antara tujuan tabung-tabung ini adalah untuk menggalakkan kita berjimat cermat dan membelanjakan wang mengikut kemampuan. Ikut nafsu, semua benda rasa penting dan nak dibeli kan? Saya tak kata orang lain. Saya yang surirumah ni pun kekadang nafsu nak membeli dan membelah itu tinggi. Walhal duit berapa sen sangatlah yang ada dalam purse. Hikhik. Penyakit bahaya tu. Rabak poket incik suami. haha
Ok. Berbalik pada apa yang saya nak share,6 tabung tersebut adalah seperti berikut:-
1. Tabung Financial Freedom Account (FFA)
Tabung FFA ialah tabung bebas kewangan, di mana kita memperuntukkan 10% dari wang pendapatan untuk simpanan.
Tabung ini ibarat telur emas. Jangan guna simpanan FFA dan seeloknya buka satu akaun khas (fixed deposit account) khusus untuknya. Jangan sesekali guna kad atm dan buku bank untuk akaun ini. DAO pesan, sila bakar buku akaun. Hehehe
Keep investing & keep it growing. Sumber lain juga boleh dimasukkan ke dalam tabung FFA contohnya seperti:
Passive income dari wang sewaan rumah (jika ada)Pendapatan dari kerja part time Duit main kutu, dll.
2. Tabung Necessity (NEC)
55% daripada hasil pendapatan diperuntukkan untuk tabung ini. Ia juga adalah tabung keperluan dan perbelanjaan rumah seperti berikut:-
1.Bayar pinjaman rumah & kereta
2.Beli kelengkapan rumahBeli baju baru, handbag/tudung/dll.
3.Kos potong rambut
4.Kos makan minum
5.Lampin anak
6.Gas memasak
7.Bil perubatan dll.
Antara kaedah yang boleh diamalkan untuk berjimat cermat ialah:-
1.Turunkan kos hidup dan berbelanja untuk yang perlu sahaja
2.Jangan bawa kereta laju-laju (save minyak)
3.Kurangkan penggunaan elektrik & air, dll.
3. Tabung Long Term Savings For Spending (LTSS)
Simpan 10% daripada pendapatan untuk tabung LTSS ini. Ia adalah tabung khusus untuk digunakan pada masa akan datang seperti:-
1.Beli kereta baru
2.Renovate rumah
3.Bina ruang dapur baru
4.Down payment rumah
5.Beli TV baru, dll.
4. Tabung Charity
Peruntukkan 5% daripada wang pendapatan anda untuk tujuan kebajikan seperti:-
1.Derma anak yatim
2.Derma untuk masjid
4.Derma untuk bina sekolah tahfiz
4.Bantu warga emas di Rumah Kebajikan dll.
5. Tabung FUN
Tabung ini adalah untuk bersuka ria & berseronok bersama keluarga seperti:
1.Melancong & umrah bersama keluarga
2.Makan malam di hotel atau restoran kegemaran
3.Berkelah & bermalam di resort, dll.
Simpan 10% dari wang pendapatan untuk tabung ini. Ia boleh dihabiskan pada bulan tersebut, atau dikumpul untuk tujuan melancong pada masa akan datang.
6. Tabung Education
Sebanyak 10% wang disimpan untuk tabung pendidikan ini. Ia bertujuan membantu kita 'Upgrade diri' dengan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi contohnya seperti:
1.Sambung Master, PhD, dan sebagainya.
2.Sertai kelas memasak & menjahit
3.Sertai kelas tahfiz al-Quran, dll.
Bagi yang suka berbisnes, bolehlah menyertai seminar, kursus atau apa-apa program yang bermanfaat untuk peningkatan bisnes masing-masing.
Contoh seminar:
Internet marketingFacebook AdvertisingLeadership training, dll.
Walaubagaimanapun pecahan (%) itu tak terhad. Boleh di'adjust' ikut kesesuaian dan tahap pendapatan masing-masing. Cuma jangan lebihkan tabung FUN sudah.. Haha..
Sharing is caring, itu aja.. apa yang penting kene buat. Mulakan tanpa nanti, buat tanpa tapi! :-)
Jom menabung! (^~^)