Jumaat, 12 Februari 2016

Petua untuk Darah Tinggi



Petua Ubat Tradisional Darah Tinggi

Assalamualaikum Cara nak turunkan darah tinggi yang dah sampai 180 ni ialah seperti di bawah. Mohon ma'af mungkin nasihat ini tidak dianjurkan sesetengah pihak doktor, tapi alhamdullillah setakat ini saya yg juga mengidap penyakit ini dapat kontrol darah tinggi ke tahap yang tidak membimbangkan, insyaAllah.

Pernah dapat penyakit darah tinggi? Family background saya ada penyakit darah tinggi. Semasa saya hamil anak pertama, saya juga alami masalah darah tinggi. Kat bawah ni saya share apa yg saya pernah buat bila berhadapan dengan masalah ni dan ada juga dari petua yang saya baca..moga membantu

1. Minum jus air belimbing, atau blend buah epal hijau dan buat jus
2. Kalau ada daun pegaga pun boleh di buat jus dan minum airnya
3. Blend timun bersama daun sup, jadikan jus.amal tiga kali seminggu.
4. Bila darah naik tinggi, duduk dan rehat, dan tenangkan fikiran dari segala stress. Cuba jangan fikirkan masaalah.
5. Bacalah Ayat ayat suci Al Quran semasa berehat dan betul bentul concentrate, kerana ayat Quran juga adalah ubat bagi penyakit. Kalau tak pandai baca, pasang CD Quran dan ikut bacaan. Ataupun baca lah surah surah pendek dan mohon pertolongan Allah.
6. Kalau lapar, jangan makan makanan yang bergaram ..buat sementara potong terus garam utk sehari dua. Makanan yang dibeli juga punyai kadar garam yang tinggi. Buat sementara waktu, makanlah masakan yang tiada bergaram atau kurangkan 90% garam! (Saya anjurkan cubalah makan Quaker Oats ditambahkan pisang dan kismis untuk sehari dua nie, insyaAllah akan turun darah kerana Oats ialah cholesterol buster!)
7. Lebih digalakkan untuk makan masakan berstim seperti ikan yang distim dsbgnya ataupun lebihkan sayur sayuran terutama sekali ulam ulam atau raw salad (tomato, cucumber, lettuce) dsbg. (Kalau saya dalam keadaan ini, saya akan makan buah buahan seperti pisang, limau, belimbing dan buah jambu batu untuk sehari) AVOID AT ALL COST..makanan daging lembu, kambing, ayam buat sementara. Jadi macam vegetarianlaa sekejap.
8. Elakkan sementara makanan bergoreng (deep fried) dan semua Fast Food!
9. Minum jus yang disebut di atas 1- 2 hari sehingga pulih
10. Kalau ada ubat doktor, makan ubat ikut jadual

InsyaAllah kalau dapat buat seperti di atas , darah akan turun.

Tambahan

a. Kalau tak keberatan beli Kapsul Bawang Putih (saya cadangkan shaklee Garlic Complex) dan makan 3 kali sehari
b. Dianjurkan juga untuk memakan Cod Fish Oil atau minyak ikan berkapsul (saya cadangkan Shaklee Omega Guard)
c. Tambah makanan seperti fresh fruits, raw salads, whole grains ie.quaker oats, makanan berkacang ie dhall dan peas, kerana orang yang ada darah tinggi kurang calcium, potassium dan magnesium.