Jemari Magis Bonda
Selasa, 25 Julai 2017
Petua Elak Kuning Bayi
Catatan pertama 2017 meh. ;-) tiba tiba carigali semula blog ni. Penuh semak samun. Orang kata, kalau nampak mungkin dah berekor ekor cik tie membiak dalam ni...fuhhh semangat.
Minggu lepas borak dengan member member pasal baby dan penyakit kuning. Orang kata, baby lahir size kecil lagi berisiko untuk dapat kuning berpanjangan. Hmm, tak tau lah setakat mana kesahihannya.
Tapi sepanjang pemerhatian Achik Ruby, plus pengalaman sendiri, pola pemakanan ibu semasa mengandung pun mempengaruhi juga. Makan tak hingat dunia, kuning pun tak nampak dunialah maknanya.. hehe (jangan maraaa)
Ni Achik Ruby nak share, sepanjang tempoh mengandung, kalau boleh elak la makan makanan segera. Tak sihat. Achik ruby buat perbandingan masa mengandung anakyang pertama dan kedua. Anak pertama, segala terlintas dihati husband belikan. (Maklumlah eksaited nak dapat baby. Mak pula beralasan, tak makan takut mulut baby berair).. anak pertama kuning sampai tahap terpaksa tukar darah...huhu
Mengandung anak kedua, memang jaga makan. Fastfood memang x sentuh. Alhamdulillah kuning anak cuma seminggu. Beza sakan bila jaga makan.
Pregnant anak ketiga pula alhamdulillah anak lahir tanpa penyakit kuning. Masa ni baru berjinak jinak ambik supplement. Achik Ruby konsisten set hamil Shaklee (ESP, omega, vita c, oste..) ni semua ikhtiar. Tapi bagi yang berminat nak tahu lebih lanjut pasal supplement ni boleh la terus wassap achik ruby.. www.wassap.my/60139474633
Opppsss ni ha satu lagi Achik Ruby nak share. Selain amal supplement, Achik Ruby juga dapat satu petua tau untuk elak anak kuning lepas lahir. Amalan ni diamalkan masa trimester ketiga kehamilan.
Amal apa? Bukan seru jin atau mambang tau.. just amalkan minum air kelapa sebiji sekali sehari sepanjang tempoh 7 bulan sehingga melahirkan. Senang dan sedapkan..mak mak cubalah sendiri. Achik ruby buat dua biji untuk tiga hari..k, selamat mencuba! :-)
Sayang korang...mmmuah!
#saya jual dan saya makan supplement terbaik shaklee#'
Sid no 1079905
Call/wassap @ 0139474633
Selasa, 22 Mac 2016
Apa itu Bell palsy??
Assalamualaikum dan selamat pagi..hihi dah pukul 11 lebih pon sebenarnya. Hari ni pagi pagi lagi ke klinik kesihatan. Smalam tak boleh nak tidur. Semasa pengalaman tak boleh nak tidur tu, tiba tiba aje teringat akak seorang tu yang achik jumpa sebelum ni. Achik terlihat kedudukan mulutnya yang tak sama. Pada mulanya Achik menjangkaan beliau alami strok.. tapi memandangkan dalam masa yg lain achik lihat mulutnya normal, achik tertanya tanya betul ke strok? Bila di google, rupanya ada satu penyakit saraf yang dipanggil Bell's Palsy.
Bell’s Palsy adalah penyakit saraf yang mengenai saraf fasialis (wajah), menyebabkan kelumpuhan otot-otot salah satu sisi wajah, sehingga wajah menjadi asimetris, karena salah satu sisi wajah tampak melorot/ mencong. Hanya salah satu sisi wajah penderita saja yang dapat tersenyum, dan selain itu, hanya satu mata saja yang dapat menutup dengan sempurna.
Penyebab dari Bell’s Palsy belum diketahui secara pasti, namun beberapa sumber menyebutkan bahwa penyebab Bell’s Palsy adalah proses peradangan saraf yang mengontrol otot-otot salah satu sisi wajah. Ada pula yang mengatakan bahwa kerosakan saraf ini merupakan akibat dari infeksi virus.
Bell’s Palsy dapat terjadi pada semua golongan usia, baik lelaki mahupun wanita. Pada kebanyakan orang, kelumpuhan saraf tersebut bersifat sementara, yakni selama beberapa hari hingga beberapa minggu, serta dapat kembali pulih setelah kurang lebih 6 bulan. Walaupun demikian, ada juga beberapa kes dimana kelumpuhan saraf wajah tersebut terjadi secara kekal seumur hidup.
Gejala
Gejala Bell’s Palsy secara umum:
1.Terjadi secara tiba-tiba, berupa kelumpuhan ringan sampai total pada salah satu sisi wajah, menyebabkan pesakit sukar tersenyum atau menutup salah satu kelopak mata.
2. Wajah melorot menjadikan wajah sukar berekspresi. Kadang kala pesakit akan terasa nyeri di sekitar rahang atau di belakang telinga pada salah satu sisi wajah yang terpengaruh.
3. Sensitiviti terhadap suara akan meningkat pada sisi wajah yang terpengaruh
4. Sakit kepala
5. tidak mampu mengecap(hilang deria rasa).
6. Pengeluaran air mata dan liur pada sisi yang terkena
Bell’s Palsy dapat mempengaruhi saraf kedua sisi wajah, walaupun hal tersebut jarang terjadi
Segera Cari Pertolongan
Sekiranya anda mengalami gejala seperti diatas, cepat cepatlah berjumpa doktor supaya dapat diketahui mungkinkah anda alami stroke/ bell's palsy. Perlu diingat, Bell’s Palsy bukan disebabkan oleh stroke.
Komplikasi Akibat Bell’s Palsy
Komplikasi yang mungkin terjadi pada penderita Bell’s Palsy adalah:
1. Kerusakan saraf wajah yang tidak dapat pulih kembali
2. Pertumbuhan saraf yang tidak sesuai dengan yang seharusnya sehingga menyebabkan pergerakan yang tidak terkontrol pada wajah
3 Buta sebagian atau total akibat kekeringan pada mata yang tidak bisa menutup dan terjadinya kerusakan pada kornea mata yang kering
Pemeriksaan
Biasanya doktor akan memeriksa wajah dan meminta pesakit untuk melakukan gerakan seperti menutup mata, mengangkat alis, memperlihatkan gigi, dan mengerutkan wajah. Selain itu sebaiknya dilakukan pemeriksaan yang lebih detail untuk menentukan kerosakan saraf dan melihat seberapa parah saraf tersebut rosak, sekaligus menyingkirkan kemungkinan penyakit lain yang juga dapat menyebabkan kelemahan pada wajah, seperti stroke, infeksi, tumor, dll. Pesakit juga disarankan melakukan pemeriksaan radiologi, seperti CT Scan atau MRI kepala untuk menyingkirkan penyebab kelumpuhan yang mungkin terjadi.
Bell's palsy biasanya ditangani dengan ubat ubatan dan fisioterapi. Meskipun bisa sembuh dalam kurun waktu tertentu, dengan bantuan ubat dan fisioterapi diharapkan proses pemulihan dapat berlangsung lebih cepat.
Bagi pengamal makanan tambahan/ supplement sebagai ikhtiar tambahan mahupun sebagai pilihan utama, achik sarankan amalkan sirap tonik vivix hanya sesudu teh sehari. Moga info ini membantu!:-)
Sid shaklee 1079905
Pengedar shaklee ruby
Call/sms/wassap 0139474633
Khamis, 3 Mac 2016
6 Jenis Tabungan Perlu Diamalkan
Assalamualaikum wbt..apa khabar sahabat sayang? Moga semua ceria sentiasa bersama keluarga tercinta..
Salam Jumaat yang indah, lepas balik dari pasar, tertengok rancangan POSITIF oleh DAO.. Atas inisiatif sendiri, terpanggil untuk berkongsi 6 jenis simpanan atau tabung kewangan yang boleh diamalkan. Tak kiralah yang makan gaji, kerja sendiri, berbisnes, mahupun menganggur.. moga bermanfaat untuk dikongsi.
Antara tujuan tabung-tabung ini adalah untuk menggalakkan kita berjimat cermat dan membelanjakan wang mengikut kemampuan. Ikut nafsu, semua benda rasa penting dan nak dibeli kan? Saya tak kata orang lain. Saya yang surirumah ni pun kekadang nafsu nak membeli dan membelah itu tinggi. Walhal duit berapa sen sangatlah yang ada dalam purse. Hikhik. Penyakit bahaya tu. Rabak poket incik suami. haha
Ok. Berbalik pada apa yang saya nak share,6 tabung tersebut adalah seperti berikut:-
1. Tabung Financial Freedom Account (FFA)
Tabung FFA ialah tabung bebas kewangan, di mana kita memperuntukkan 10% dari wang pendapatan untuk simpanan.
Tabung ini ibarat telur emas. Jangan guna simpanan FFA dan seeloknya buka satu akaun khas (fixed deposit account) khusus untuknya. Jangan sesekali guna kad atm dan buku bank untuk akaun ini. DAO pesan, sila bakar buku akaun. Hehehe
Keep investing & keep it growing. Sumber lain juga boleh dimasukkan ke dalam tabung FFA contohnya seperti:
Passive income dari wang sewaan rumah (jika ada)Pendapatan dari kerja part time Duit main kutu, dll.
2. Tabung Necessity (NEC)
55% daripada hasil pendapatan diperuntukkan untuk tabung ini. Ia juga adalah tabung keperluan dan perbelanjaan rumah seperti berikut:-
1.Bayar pinjaman rumah & kereta
2.Beli kelengkapan rumahBeli baju baru, handbag/tudung/dll.
3.Kos potong rambut
4.Kos makan minum
5.Lampin anak
6.Gas memasak
7.Bil perubatan dll.
Antara kaedah yang boleh diamalkan untuk berjimat cermat ialah:-
1.Turunkan kos hidup dan berbelanja untuk yang perlu sahaja
2.Jangan bawa kereta laju-laju (save minyak)
3.Kurangkan penggunaan elektrik & air, dll.
3. Tabung Long Term Savings For Spending (LTSS)
Simpan 10% daripada pendapatan untuk tabung LTSS ini. Ia adalah tabung khusus untuk digunakan pada masa akan datang seperti:-
1.Beli kereta baru
2.Renovate rumah
3.Bina ruang dapur baru
4.Down payment rumah
5.Beli TV baru, dll.
4. Tabung Charity
Peruntukkan 5% daripada wang pendapatan anda untuk tujuan kebajikan seperti:-
1.Derma anak yatim
2.Derma untuk masjid
4.Derma untuk bina sekolah tahfiz
4.Bantu warga emas di Rumah Kebajikan dll.
5. Tabung FUN
Tabung ini adalah untuk bersuka ria & berseronok bersama keluarga seperti:
1.Melancong & umrah bersama keluarga
2.Makan malam di hotel atau restoran kegemaran
3.Berkelah & bermalam di resort, dll.
Simpan 10% dari wang pendapatan untuk tabung ini. Ia boleh dihabiskan pada bulan tersebut, atau dikumpul untuk tujuan melancong pada masa akan datang.
6. Tabung Education
Sebanyak 10% wang disimpan untuk tabung pendidikan ini. Ia bertujuan membantu kita 'Upgrade diri' dengan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi contohnya seperti:
1.Sambung Master, PhD, dan sebagainya.
2.Sertai kelas memasak & menjahit
3.Sertai kelas tahfiz al-Quran, dll.
Bagi yang suka berbisnes, bolehlah menyertai seminar, kursus atau apa-apa program yang bermanfaat untuk peningkatan bisnes masing-masing.
Contoh seminar:
Internet marketingFacebook AdvertisingLeadership training, dll.
Walaubagaimanapun pecahan (%) itu tak terhad. Boleh di'adjust' ikut kesesuaian dan tahap pendapatan masing-masing. Cuma jangan lebihkan tabung FUN sudah.. Haha..
Sharing is caring, itu aja.. apa yang penting kene buat. Mulakan tanpa nanti, buat tanpa tapi! :-)
Jom menabung! (^~^)
Jumaat, 12 Februari 2016
Petua untuk Darah Tinggi
Petua Ubat Tradisional Darah Tinggi
Assalamualaikum Cara nak turunkan darah tinggi yang dah sampai 180 ni ialah seperti di bawah. Mohon ma'af mungkin nasihat ini tidak dianjurkan sesetengah pihak doktor, tapi alhamdullillah setakat ini saya yg juga mengidap penyakit ini dapat kontrol darah tinggi ke tahap yang tidak membimbangkan, insyaAllah.
Pernah dapat penyakit darah tinggi? Family background saya ada penyakit darah tinggi. Semasa saya hamil anak pertama, saya juga alami masalah darah tinggi. Kat bawah ni saya share apa yg saya pernah buat bila berhadapan dengan masalah ni dan ada juga dari petua yang saya baca..moga membantu
1. Minum jus air belimbing, atau blend buah epal hijau dan buat jus
2. Kalau ada daun pegaga pun boleh di buat jus dan minum airnya
3. Blend timun bersama daun sup, jadikan jus.amal tiga kali seminggu.
4. Bila darah naik tinggi, duduk dan rehat, dan tenangkan fikiran dari segala stress. Cuba jangan fikirkan masaalah.
5. Bacalah Ayat ayat suci Al Quran semasa berehat dan betul bentul concentrate, kerana ayat Quran juga adalah ubat bagi penyakit. Kalau tak pandai baca, pasang CD Quran dan ikut bacaan. Ataupun baca lah surah surah pendek dan mohon pertolongan Allah.
6. Kalau lapar, jangan makan makanan yang bergaram ..buat sementara potong terus garam utk sehari dua. Makanan yang dibeli juga punyai kadar garam yang tinggi. Buat sementara waktu, makanlah masakan yang tiada bergaram atau kurangkan 90% garam! (Saya anjurkan cubalah makan Quaker Oats ditambahkan pisang dan kismis untuk sehari dua nie, insyaAllah akan turun darah kerana Oats ialah cholesterol buster!)
7. Lebih digalakkan untuk makan masakan berstim seperti ikan yang distim dsbgnya ataupun lebihkan sayur sayuran terutama sekali ulam ulam atau raw salad (tomato, cucumber, lettuce) dsbg. (Kalau saya dalam keadaan ini, saya akan makan buah buahan seperti pisang, limau, belimbing dan buah jambu batu untuk sehari) AVOID AT ALL COST..makanan daging lembu, kambing, ayam buat sementara. Jadi macam vegetarianlaa sekejap.
8. Elakkan sementara makanan bergoreng (deep fried) dan semua Fast Food!
9. Minum jus yang disebut di atas 1- 2 hari sehingga pulih
10. Kalau ada ubat doktor, makan ubat ikut jadual
InsyaAllah kalau dapat buat seperti di atas , darah akan turun.
Tambahan
a. Kalau tak keberatan beli Kapsul Bawang Putih (saya cadangkan shaklee Garlic Complex) dan makan 3 kali sehari
b. Dianjurkan juga untuk memakan Cod Fish Oil atau minyak ikan berkapsul (saya cadangkan Shaklee Omega Guard)
c. Tambah makanan seperti fresh fruits, raw salads, whole grains ie.quaker oats, makanan berkacang ie dhall dan peas, kerana orang yang ada darah tinggi kurang calcium, potassium dan magnesium.
Khamis, 21 Januari 2016
Tazkirah pendek: jangan tinggal Al Quran
Tazkirah sket
Ustaz Ahmad Dusuki @Radio ikim..
Jgn sekali kali tgglkan alquran...Ni cara mudah lepaskan diri dr seksaan kubur.
Rumah yg dibacakan alquran, pd waktu mlm rumahnya bercahaya, sehingga dikenali malaikat.
Jika mati org yg suka baca Quran Ni, cahaya dr rumahnya akan diangkat ke langit & malaikat2 akan tau, ooo, mati sudah sipembaca Quran ini, Mari kita solatkan rohnya.
Didlm qubur, malaikat akan berlemahlembut dgn mayat.
Alquran akan duduk didada kita slps kita selesai dimandi & dikafankan & terus menemani kita didlm kubur.
Jgn tinggalkan alquran.
Jgn tinggalkan alquran.
Azab kubur bermula the moment mayat x dpt menjawab soalan2 malaikat.
Sesi soaljawab berlangsung selama 3 hari. Ada riwayat lain kata 7 hari.
Penting 7 harini kita mendpt doa dr anak2 yg soleh supaya hari2 kita indah didlm kubur.
Ms mayat Tu duduk kita akan sedar, ohh...aku dh meninggal dah... 😭
.pesanan akhir Ustaz, sblm mati tolong pastikan sekurang kurangnya Ada alMulk dlm Dada kita.
InnsyaAllah. Aamiiin.
Celakalah org yg x dpt jawab soalan mengenai Rasullullah saw.
Dlm kubur alquran akan berkata kpd mayat, aku ini alquran yg dulu kamu baca dgn suara yg lantang & mendayu.
Aku akan menemani kamu sehinggalah kamu masuk ke syurga.
Lps Tu baru alquran akan lpskan mayat kpd 2 malaikat yg akan menyoal.
Jgn lupa salawat, cintailah Nabi sepenuh jiwa
Ahad, 23 Ogos 2015
Ambik kesempatan putera2 beradu.. (Kalau di pasaraya ramai yang panggil diorang pasangan upin ipin..hihi)
Saya nak share pasal tawaran shaklee.. Betapa beruntungnya menjadi ahli keluarga shaklee.. Keberuntungan tu bukan setakat bila dah jadi leader.. Yg sid baru merangkak pon ada tawaran juga tau...
Tawaran terbaru khas buat sid yang x aktif.. Dapat beli esp dan vitamin c dengan SEPARUH HARGA!!! Ha, rasa cmner?? Saya pon x pernah dapat harga tu tau sepanjang hidup dlm shaklee ni...
Yang mana dah sediakala ahli tu kalau rasa layak, p cepat cepat tanya mak mak masing2.. Jgn tunggu lama lama... Rooooogi!!!
Opppsss! Tawaran ni hanya bg yang bergelar ahli saja tau. Yang masih berkira kira nak jd ahli.. Meh hubungi saya.. Hadiah??? Ada, shaklee bermurah hati untuk bg free sebotol vitalea..
Cuti cuti cmni bestkan bersama keluarga. Petang ni sambil main main ngan anak, along buat request"ummi, buat kek hari jadi satu.." hihi kek coklat lembab dia panggil kek hari jadi..








